Yang pertama ditulis dalam al Quran adalah Bismillah, maka tulislah Bismillah pada awalnya kerana Bismillahlah tertulis pada wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
Kata Bismillah pembuka bicara, sekaligus menjadi pembuka cerita cereka bukan dongengan saya, Lailawati binti Zakaria, seorang isteri bekerjaya kepada seorang lelaki yang sangat supportive, seseorang yang selalu mencuba untuk memahami diri ini. Moga kebahagiaan milik kami di dunia dan akhirat. Amin...Coretan saya berkisarkan kisah liku-liku kehidupan yang dilalui, perkongsian serba sedikit ilmu-ilmu yang diperolehi, my journey and my passion.
Aku Cinta Dia dan Shaklee. Adakah bermaksud saya menduakan si dia? Hehe..not at all. Suami tetap yang pertama di hati. Melalui suami, saya jatuh cinta dengan Shaklee dan akan terus dan terus mencintai Shaklee. Kalau bukan kerana dia, tidak mungkin Shaklee bertakhta di hati selama lebih setahun lima bulan lamanya.
I see the Paradise of Health through Shaklee. Shaklee menawarkan produk makanan tambahan yang sangat menakjubkan. Sentiasa menunjukkan kelebihan apabila digandingkan dengan produk lain dipasaran. Sentiasa ada 'the safe side' sebagai jaminan. Ianya bagai mengisi lompang-lompang kekosongan di dalam tubuh badan kita. Ianya banyak mengatasi masalah kesihatan diri saya sendiri dan yang paling utama insan-insan yang amat saya sayangi - KELUARGA SAYA.
Maka, akhirnya diri ini terpanggil untuk menulis catatan yang amat bermakna bagi diri saya dan juga insan-insan yang memerlukan di luar sana. Semoga dengan sedikit perkongsian yang dengkel ini, mampu menolong insan yang berada di dalam kesusahan dan kesakitan dengan izin dari-Nya. Wallahua'lam.


0 comments:
Post a Comment