Random Posts

Thursday, 24 October 2013

Bismillahirrahmanirrahim...

Yang pertama ditulis dalam al Quran adalah Bismillah, maka tulislah Bismillah pada awalnya kerana Bismillah tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

Kata Bismillah pembuka bicara, sekali gus menjadi pembuka cerita cereka bukan dongengan daripada diri saya sendiri, seorang isteri kepada seorang lelaki yang sangat supportive, seorang yang selalu mencuba untuk memahami diri ini. Moga kebahagiaan milik kami di dunia dan akhirat. Amin...Coretan saya berkisarkan kisah liku-liku kehidupan yang dilalui, perkongsian serba sedikit ilmu yang diperolehi, my journey and my passion. 

Aku Cinta Dia dan Shaklee. Adakah bermaksud saya menduakan dia? Hehe..not at all. Suami tetap yang pertama di hati. Melalui suami saya jatuh cinta dan terus dan akan terus mencintai Shaklee. Kalau bukan kerana Dia, tidak mungkin Shaklee mampu bermaharajalela di hati selama hampir setahun 5 bulan lamanya.

I see the Paradise of Health through Shaklee. Shaklee menawarkan produk makanan tambahan yang sangat menakjubkan. Sentiasa menunjukkan kelebihan jika dibandingkan dengan produk lain di pasaran. Sentiasa ada 'the safe side' sebagai jaminan. Ianya bagai mengisi lompang-lompang kekurangan di dalam tubuh badan kita. Ianya banyak mengatasi masalah kesihatan diri saya sendiri dan yang paling utama, insan-insan yang amat saya sayangi - KELUARGA saya.

Maka, akhirnya diri ini terpanggil untuk menulis catatan yang amat bermakna bagi diri saya dan juga insan-insan yang memerlukan di luar sana. Semoga dengan perkongsian yang dengkel ini, mampu menolong beberapa insan yang berada di dalam kesusahan dan kesakitan dengan izin dari-Nya. Wallahua'lam.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes